Post ni dah lama saya tulis tp xperasan plak blom dipostkan..hahaha..sorry ya.
Kali ni nk cerita pasal 1 kenangan paling berharga dalam idop.korang pernah kena "terjah" @ serang x? Saya baru jerk kena last month...mula mmg nk buat post ttg ni utk bulan februari.tp dissebabkan kekangan masa dan tenaga (sy sgt banyak keja+kesihatan kurang memuaskan), tertunda la smpi malam ni...
~gambar hiasan ya..saya bukan seseksi ni..hahaha~
(gmbr ehsan dr photo.net)
Ok,back to the story.memula dl xpenah terbayang akan kena terjah (serang) di tempat kerja mahupon di rumah...coz i jenis yg xreti ambik port sgt...bukan la baik bebenor, tp sy mmg jenis penakut. xsuka bising2..tp sy mmg suka dengar org bercerita2...n nyampuk sket2...nk bawak mulot tokok tambah...saya sangat xberani.btol!..
alkisahnya seseorang ni merupakan senior..mmg benar..saya menegurnya, means saya mulakannya.biadapkah saya menegur sekaligus memperingatkan dia tentang sesuatu yang boleh memberikan risiko untuk anak2 kelas saya?teguran saya pada hari itu bukanla yang pertama...mungkin dah masuk kali ke-4.Saya benar2 tidak kesah seandainya terjadi apa2 sewaktu dia melakukan kesalahan tersebut (soryla,kena tapis2 sket info...sensitif). sebab, semuanya x akan ada kena mengena atau menyusahkan saya. Tapi memikirkan sekiranya terjadi kemalangan kepada murid, sehingga mencacatkan murid...owh..saya minta maaf..saya xsanggup...anak2 saya itu tidak pernah bersalah..
Saya tau.bila seorang adik muda yang masih berhingus (opps....mmg ye coz skng saya ade flu..sob....)..menegur, dia yang punya pengalaman seusia umur saya pasti tercabar...tapi apa yang menjadi kesalan saya ialah, dia cuba membalikkan kesalahan kepada saya dengan menggali kembali cerita penghujung tahun lepas...damn!!its really piss me off!!katanya saya bawa mulut pada guru2 lain supaya membenci anaknya.shit!!!xcukup dengan itu, dia kaitkan nama beberapa orang guru lagi..siap namakan 5-6 murid sebagai saksi anaknya.
alhamdulillah...ketika itu saya boleh sifatkan diri saya sebagai sangat cool..(takut ade gak sket coz malu beb..depan org dalam kafe...cikgu2 penuh)...tp mmg saya sangat cool sbb bole habiskan sepinggan nasi sambil2 mendengar ceramah dr dia...sekali sekala saya ada menyampuk..dengan soalan2 panas utk dia...tp nmpknya dia xcukup bsedia untuk mbentengkan tuduhannya supaya lebih kukuh...
saya bukanla belagak cool atau tlalu takut sehingga tidak melawan..ttpi saya punya rasional sendiri..ketika itu dia mengaitkan nama guru lain seolah2 mahu melagakan kami. jika saya melenting tika itu...logiknya saya pasti akan tsalah langkah...kerana saya belom mendengar cerita dr beberapa guru yang dikaitkan itu...jd saya mengambil lgkah, sekadar berdiam sahaja.saya tidak mahu keterburuan saya menyebabkan saya percaya pada pembohongannya..malah saya juga takut kalau2 sememangnya cerita yang disampaikannya ttg beberapa guru lain itu benar..saya benar2 kaget utk memilih siapa yang harus saya pecaya..
ketika di'serang', saya mmg tidak keseorangan. selain saya dan dia, ada 2 orang guru wanita dan 3 orang guru lelaki (2 org ustaz ok)...air muka saya sedikit malu...tapi rupanya, itu bukanla bala untuk saya..kenapa saya katakan begitu?
OK.begini...sebaik saja dia puas ber'diplomasi' dengan saya...dia bangun melangkah ke arah kelas...(kelas mn i xtau)...n saya juga selesai makan.ketika itu seorang ustaz bertanya.."kenapa tu harlina?" saya tidak mahu terlalu meluahkan...sekadar menjawab..."entahla ustaz.cerita yang tahun lepas.saya buat untuk tutup kesalahan anak dia..sudahnya dia buat hal plak". Wajah ustaz sedkit mempamerkan simpati, lalu bersuara "kalau perkara yang berkaitan dengan 'DIA' ni, berjaga2lah"...saya sangat terkejut n tersentak..bayangkan seorang Ustaz yang saya segani..memberi gambaran sebegitu tentang dia...mestila dia seorang yang agak HEBAT..
Saya hanya mampu tersenyum..duduk kembali selepas selesai mencuci tangan..menghabiskan minuman yang masih ada. 2 orang rakan sekadar senyum dan menenangkan saya. dalam lagak untuk terus cool (that time sbnyrnya saya sedih..saya xpenah malukan orang...kenapa dia perlu malukan saya,bukan?), saya dapat menangkap beberapa bait ayat negatif ttg dia dan anak-anaknya(yg pernah saya ajar)..dalam perbualan guru lelaki dan ustaz...dan ternyata...dia mmg HEBAT kerana berjaya membuatkan orang lelaki yang jarang ambl pusing hal2 camni berubah menjadi 'ambil pusing'.
Saya meninggalkan kafe dengan perasaan penuh tanda tanya..(kerut sakan dahi aku ni)..kemudian dengan penuh rs inquiri, saya bertanya kepada sahabat "kak, selain dari xsuka masuk kelas, ape lagi 'kehebatan' (smbil buat gaya " ") dia?"..rakan kemudiannya menjawab "dia ni jenis yang suka cover salah dia dengan menyampaikan cerita sebaliknya terus kepada pentadbir." Damn!!hebat tu..
Seharian di sekolah pada hari itu, saya mendapatkan kepastian dari seorang lagi guru lain yang namanya dicemar oleh 'kakak' tersebut. Bila segalanya sudah jelas, saya menarik nafas lega. kerana saya rasakan tidak perlu lagi melayan sikap childish 'kakak' tersebut yang main terjah2. saya diamkan diri, tidak mahu memanjangkan cerita. tetapi, apakan daya...dunia ini bukan milik saya seorang.
Walaopon saya cuba mendiamkan diri, masih ada mangsa2 terdahulu 'kakak' ini yang melahirkan rasa simpati kepada saya...berminggu2 juga saya didatangi individu2 lelaki dan perempuan yang memberikan kata-kata positive kepada saya. Sehingga kini saya merasakan, hubungan saya dengan guru2 di sini lebih akrab...tetapi 'kakak' semakin disisihkan. Sumpah! Saya tidak minta begitu. Tapi mungkin itu habuan untuknya....
Bagi saya, cukupla sekiranya saya diberi hak saya...dan dihormati seadanya saya...jangan memburukkan saya sewenang2 nya... Sekiranya ada yang berniat, saya mungkin xmmpu membalas, tetapi Allah itu Maha Adil...Jadi beringat lah....
ikhsan dr syedgraphix.com..pinjam ya :))