Thursday, September 16, 2010

Erti Perkahwinan...



Bukan nk jadi pengulas bahasa or kaunselor...or penggubal soalan P.islam SPM...sj je nak kongsi my point of view tentang "PERKAHWINAN". Kalau nak tgk dr definisi oleh Wikipedia..Perkahwinan ialah hubungan terikat antara dua orang yang diiktirafkan oleh pihak berkuasa sivil dan/atau diikat oleh kepercayaanagama peserta-peserta. Sifat duaan ini, iaitu kontrak undang-undang terikat serta janji kesusilaan, menyebabkan perkah
winan amat sukar disifatkan.

Dari segi Islam pulak, Perkahwinan atau nikah menurut bahasa ialah berkumpul dan bercampur. Menurut istilah syarak pula ialah ijab dan qabul (‘aqad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang ditentukan oleh Islam. Perkataan zawaj digunakan di dalam al-Quran bermaksud pasangan dalam penggunaannya perkataan ini bermaksud perkahwinan Allah s.w.t. menjadikan manusia itu berpasang-pasangan, menghalalkan perkahwinan dan mengharamkan zina.

Kalau dibaca dari definisi ni, mmg btol amalan org zaman skarang...Kahwin antara 2org sj...suami n isteri...xperlu ada org lain dalam hidup berumahtangga ni...tp setuju x anda2 sume, kalau saya katakan..once berkahwin, kita bukan saja mengikat diri kita dengan pasangan semata-mata. Malah, perlu juga 'berkahwin' dengan seluruh ahli keluarganya...

Ya, suami atau isteri anda mmg sorang tu je...tapi dalam keluarga @ rumahtangga bukan hanya ada suami+isteri je..kena juga ada anak,mak,ayah,adik,kakak,abg etc. Mostly zaman skng, once dah kawin org slalu pastikan hubungan yang baik dengan pasangan sahaja.. loving n caring berdua saja...tp macam mana dengan ahli keluarga yang lain? ada juga pasangan yang melayan mentua sendiri macam 'sebelum kawin'..

Bagi saya sendiri,objektif utama mestila nk ada hubungan halal dengan suami.senang nak menjaga dan dijaga oleh dia. nak punya zuriat sendiri.xksah la berapa pon.susah senang ditanggung bersama.kumpul harta sama2.berdikari bdua. xperlu susahkan keluarga. saya gembira sekarang kami berdua dapat berdikari n punya harta sendiri tanpa banyak berhutang atau meminjam.(tp keta n umah confirmla loan). kiranya boleh dikatakan kami berada dalam zone selesa la. wpon kehidupan kami hanya ala kadar. xmewah. tp macam mana plak dengan objektif2 lain?

saya xlayak nk menunding jari pada org.sbb sy sndr masih kurang serba serbi.. mungkin ibu n abah mertua saya masih terasa saya xcukup perfect jd anak menantu.. mungkin ada tindakan saya yang buat mak n abah terasa hati.tapi saya dah cuba yang tebaik... wpon kadang2 saya tau, saya masih xcukup baik. masih terasa jurang antara mak abah dengan anak. xmacam hubungan sy dengan parent sendiri.orang kata,kena bodek btol2 ati mentua. I did bodek..hehehe..tp bukan untuk menunjuk2 atau bermuka2 konon saya baik...saya buat hanya dengan berpandukan nasihat n tunjuk ajar MAK saya sendiri.Alhamdulillah,selama saya ikot, saya xrasa susah.Xperlu hipokrit..malah saya gembira.mmg kadang kala ada rasa cemburu, kecik ati n xpuas ati..since,im not the only daughter-in-law.skang dh dua..n bakal menyusul lebih ramai pasni..tp lama2,saya dah xambil pusing semua tu.saya gembira bila mak mentua ajak memasak bersama..ajak buat kuih raya bersama...juz the 3 of us..(Me+MIL+adik ipar bongsu). dalam hati saya fikir, mungkin Mother in law selesa dengan saya skrg.n rasa meriah memasak beramai2..berbanding sblm ada menantu dl.dl anak2 lelaki mn nk menolong sgt.

Skng,wpon penat memasak ke, ape ke, sy xksah.sy ikhlas jalankan tanggungjawab sbg menantu mcm mak saya sendiri ajar. Alhamdulillah, berkat tunjuk ajar n pesanan mak,skng saya gembira dengan kedudukan n situasi saya sebagai menantu. Objektif kedua perkahwinan saya agak berjaya.

Nak sampai tahap sekarang bukanla senang.Selain dari MIL n FIL,adik2 ipar pon cabaran jugak. Macam2 kena lalui.dl nak jugak tolong memasak.niat nk ringankan beban mak mentua. Tapi masih terpahat kat ati ni,time adik ipar complain "sup ni tawar la". Waktu tu dahla di bulan puasa. Pastu yang sorang lagi plak cakap "xmau cucur udang bulat2.mak pi la goreng nipis2 cam slalu.baru garing n rangup".(yang bulat2 tu saya la goreng,sbb biasa jemput bulat2 kt umah).wpon diorang xla marah saya...tp still terasa. From tht day rs nk quit tros memasak bl adik2 ipar yg cmplain tu ada.n serius, saya mmg xmemasak or tolong mak mentua kalau mereka ada. Tapi, alhamdulillah, bl lm2 saya ikot nasihat mak n senior2 sekolah, saya masuk dapur juga. memasak sorang2 sediakan juadah ikot resepi sendiri. mula2 xramai yang makan.diorang xbse.lama2 masakan saya makin diterima.n now,xda dah pon yang complain. malah makan lebih dari suami saya sendiri.heh!!

tp sebenarnya nak berkeluarga dengan adik beradik n ipar duai ni lagi mencabar sebenarnya.serius saya masih xbse.dr bab makan, pakaian n even lifestyle diorang.yela,my family 5 daughter,no son.family hubby 6 sons...n bonsu sorang sj daughter. lain sangat peel2 nya.mula2 join this family,im so shock.tp yang ni my hubby xdpt tlg.saya kena telan semuanya step by step.lama2 saya biasa juga.mn yang saya boleh adapt saya adapt.yang xboleh,saya ubah.kalau xboleh jugak, i juz pretend it as invisible n inaudible.so, objektif ketiga saya dalam perkahwinan juga berjaya.

Seterusnya dengan keluarga besar suami. Contohnya tok n mak n bapa saudara. Dl saya bukanla ramah.nak buka mulut pon berat.macam ada emas.pernah saya suarakan rasa bimbang kalau2 saya dicop sombong dek family suami.sbb 1stime bjumpa,semua family suami sangat ramah. melayan saya dengan penuh semangat. seperti saya bukan lagi org baru.gusar memikirkan saya mungkin memburukkan nama suami kalau saya nampak 'sombong' n xtau bermasyarakat.saya suarakan pada suami.dia cool.nasihat suami "bila di rumah family abah,kalau rasa segan cari maklang siah, maklang nah n makteh.diorang semua paling ramah.kalau sayang xpandai sembang pon,jadi tersembang jugak.diorang semua ni pemeriah suasana." Lalu, saya ikot saranan suami. Alhamdulillah, skang saya dah bole berbual n even berloyar buruk with fa
mily2 besar.Even kalau suami or MIL n FIL xda di sisi,saya xkekok nak sembang sangat. Xperlu setiap masa nak berkepit dengan suami. Dia pon senang ati nk tinggalkan saya di dapur n join geng2 lelaki.Saya dah boleh bawa diri.Cuma kalau di rumah sedara yang saya xbiasa, hubby perlula di sisi..sbb saya xkenal org okey...hehehe..So,hampir2 juga objektif keempat ini dicapai.cuma perlu diperbaiki lagi.

tapi saya masih kurang segala segi lagi.ada ketika mood saya swing around,muka saya masam cam asam kedut seribu.time ni,mesti saya lukakan ati ramai org2 di atas..sekaligus memberi impact n impression negative thadap saya..tapi xpe, saya akan lebih berusaha..supaya saya boleh bahagia dalam perkahwinan n rumahtangga saya walao dalam situasi mana pon saya diletakkan.saya nak jadi anak menantu fav.bolehkah????chaiyok!!!












Me with my family...







Me with family in law
(dengan cik,without sorg adik ipar n isterinya)...

Saturday, September 11, 2010

Belum Rezeki Kami...

Sedih..sedih..n sedih...pasal ape...Mestila pasal baby...kawan2 yg baru kawin pon dh pregnnt..sepupu sepapat dh nk btambah anak...kami bdua?sorg pon belom....nk kata jeles,xla sampai xsuka org lain pregnnt...tp cemburu juga...dgr org bcerita shopping baju raya pregnnt, shopping baju raya anak....bestnya..heaven....

nak pulak bl time kena aju ngn soalan2 killing paper..."bila nak pregnant?".."aik,dah dekat pon xdapat jugak?"..bla..bla..bla...Sabar???i do...always do...few months ni,rs ada rezeki lebih sket, kami berdua berikhtiar wat check up..n so far, we both normal...sehat...cuma belum rezeki...even doc pon kata its too early to say tht it is problem...since we both br je tgl bsama....tp org xpaham...klu yg penah melalui..msti paham....

alhamdulillah la jugak wpon kami suami isteri diduga macam ni, Allah murahkan juga rezeki kami untuk berikhtiar...xkesah berhabis beratus beribu pon...asalkan sehat n boleh dpt bby a.s.a.p...klu org ln yg kurang berduit,cmane...?

bulan ni still xda rezeki..1st day menstrual, of cos sgt sedih..nangis n murung...luckily my dear hubby sgt memahami...n pandai ambil hati n switch my mind dr terlalu memikirkan kekecewaan ni...thanx to him n thanx to Allah for this gift...sebolehnya nk kasi hadiah yg baby a.s.a.p buat hubby..dh lama dia tunggu...hopefully soon adala rezeki kami...ameen...