Thursday, November 17, 2011

Quote Of The Day #11

Marriage is not just spiritual communion and passionate embraces; marriage is also three meals a day, sharing the workload and remembering to carry out the trash~ Dr. Joyce Brothers (October 20, 1928 - )

Sunday, November 13, 2011

~C.I.N.T.A~

Bila tulis topic atas ni, tetiba je tersenyum teringat kisah anak murid kt sekolah buat persembahan denda masa sambutan hari kanak-kanak...

hihi..nama budak tu Mohd Nazrin b. Ismail...kesian, dek kerana takutkan cikgu disiplin (cikgu Shamsul), teros rela hati buat persembahan atas pentas secara spontan.. Dia dengan kecut2 menyanyi dengan penuh yakin ..."C.I.N.T.A.K.I.L.A...xmengapa..."..wakaka...bersembur gelak cikgu2...termasuk cikgu2 disiplin skali.. bila cikgu disiplin tny, "hg eja apa?" tros geleng pale..hahahaha...hafal saja, xreti eja pon...lawak btol...

Tapi bukan cerita tu yg I nak share arini...i just wanna share some words about love yang I read from 1 motivation book titled 'Panduan Membentuk Istana Bahagia'.

Buku ni present dari sorang sedara ms my wedding aritu. Ok, lets share this :

Cinta adalah perkataan yang kerap kali digunakan. Tetapi, penggunanya sendiri kerap kali sukar mendefinisnya. Cinta bagi setiap individu itu mempunyai erti yang berlainan. Walaupon begitu, bagi sesetengah bahasa, penggunaan satu perkataan sudah cukup untuk beberapa perkataan yang berbeza seperti sayang dan kasih.

Walau apapun cinta, kasih dan sayang itu, yang penting ialah, kita tidak mahu hanya pandai bercinta. Tetapi kita perlu pandai mempertahankan perasaan itu sebagai pegangan hidup. Tidak hanya merasainya pada waktu senang atau seronok.

Sebaik-baiknya individu itu bermula dengan dirinya sendiri. Bermakna dia mempunyai perasaan cinta pada diri sendiri. Apabila dia menyayangi dirinya, barulah dia mampu memberi kasih sayang yang tuls ikhlas kepada individu lain.

Sepatutnya, individu itu tidak enggunakan cinta bagi memikat individu lain kerana sebegini mungkin hanya topeng. Individu itu patut berasa sayang, menghormati dan menghargai dirinya sendiri. Dengan kesedaran dan penerimaan itu, dia juga dapat menghargai dan mengasihani orang lain dengan lebih baik. Orang yang menyayangi dirinya sendiri senang didekati dan digemari oleh orang lain. Ibarat sebuah perigi yang penuh dengan air yang jernih, maka perigi ini selalu didatangi orang.

Mereka yang tidak dapat menyayangi diri sendiri ibarat sebuah perigi buruk. Walaupon diludah ataupon dimasukkan sampah, dia tetap menagih orang menghampirinya.

So, jomlah sayangi diri kita dulu...:))

Wednesday, November 2, 2011

Petua Mengurangkan Batuk.


Ape korang buat kalau batuk berpanjangan n susah nak baik? As for me, selalu if batuk, telan la ubat batuk kaler itam tu, jenama ape skalipon...xbaik2 jugak...last2 biar baik sndr cenggitu je..paling kurang pon, pekena air kosong suam berasap...untuk kurangkan batu..abis air tu, batukla semula...huhu...So, bila tengah batuk ni, gatal2 tangan plak nak gugel ape petua untuk hilangkan batuk..Jumpa web ni,so i juz copy and paste from there jela... Berikut adalah di antara petua untuk mengurangkan batuk;
  • Rendamkan sedikit kerak nasi dalam air suam. Apabila telah kembang, minum airnya pada setiap pagi.Rebus beberapa biji pisang masak. Setelah lembik, campurkan santan secukupnya, sedikit garam dan perasa vanila. Kacau rata dan diminum airnya.
  • Tumbuk segenggam daun pegaga hingga lumat dan tapis untuk mendapatkan airnya yang pekat. Campurkan dengan gula dan embunkan selama satu malam. Air itu hendaklah diminum dua kali dalam seminggu.
  • Campurkan dua sudu teh madu lebah asli dengan air suam. Kacau sehingga sebati dan minum air tersebut tiga kali sehari.
  • Ambil dua sudu nasi panas yang baru masak. Masukkan nasi itu ke dalam cawan dan campurkan sedikit air.Embunkan nasi tersebut selama semalaman dan minum airnya pada esok paginya.
  • Ambil sebiji limau sunkist dan buatkan lubang berbentuk pangkah di bahagian tengahnya. Masukkan gula batu di lubang tersebut. Letakkan limau tersebut di dalam periuk di tengah-tengah nasi yang telah kering dan tutup periuk tersebut. Setelah nasi itu masak, ambil buah limau tadi dan makan sambil didahului dengan selawat. Ulang setiap kali memasak nasi sehingga sembuh. Selain melegakan batuk, nasi akan berbau harum.
  • Perah sebiji limau nipis dan campurkan dengan sedikit madu. Minum campuran ini setiap pagi sebelum sarapan. Amalkan sehingga batuk hilang.
So bagi sape2 yang masih batuk tu...bleh la cuba salah satu petua2 ni...Tapi klu u guys nak try my petua plak...i ade satu rahsia...ahahaha...rahsia le sgt. Ubat ni dapat dr sorg aunty kedai ubat cina. Masa tu dh berminggu I batuk, so dia suggest makan menda ni...

Lozenges Fisherman's Friend Perisa Jintan / Aniseed Flavoured Lozenges

Xde la once u bite tros BLING..batuk pon hilang...tapi once benda ni dalam mulut n u keep on telan airnye, mmg melegakan tekak yang gatal. and batuk pon lebih cepat hilang dari tempoh biasa. Ini from my experience la...lain orang maybe serasi dengan ubat jenis lain....So kalau ade yang batuk n xtau nk buat ape, tryla..insyaAllah...

Tuesday, November 1, 2011

~bolehkah untuk tidak memikirkan?~



Honestly, saat ini...(n 2-3weeks b4 pon...) saya mmg sugul n sedih. Mmg saya sorok kan...senyum sentiasa depan family n kawan2.. n ofcos senyum bahagia n kuat bila depan suami tersayang... tapi deep inside,saya sangat sedih...Sedih bila rezeki untuk mendapatkan zuriat belom berhasil. Saya xmahu sebut tentang segala ikhtiar...bimbang kelihatan seolah merungut "Allah tak adil"..(anuzubillah...saya mau jauh dari ungkapan itu...sungguh!!!)

Kesedihan saya betambah apabila adik ipar (adik suami) dan pasangannya yang kahwin setahun lebih lewat dari kami sudah menerima perkhabaran baik dari doktor..(pregnnt la...hihi)... Xde sape2 pon terang2 bagitau saya oerkara itu..mungkin ade yang fikir perkara tu xpenting untung saya...or mungkin ada yang nak menjaga hati. Tapi sewaktu bapa mertua mewar-warkan berita tu kepada mak ayah saya, depan saya dan suami...remuknya hati saya...sedih yang xterungkap.. Bertapa abah teruja dengan rezeki itu...

Wak tu tu, saya hanya mampu menyembunyikan perasaan..kebetulan malam itu juga saya sedang berikhtiar satu lagi rawatan untuk zuriat...perit lidah malam tu nak telan campuran ubat2an..tp perit lg hati menyimpan seribu satu rasa...Cemburu+Marah+Sedih+Gembira... pelbagai rasa...

Segalanya saya pendam hingga diri ini menjejak ke lantai rumah sendiri...Sampai di rumah, saya benar2 melepaskan segalanya... sedu-sedan, tangis-raung...kecewa...sedih yang teramat...namun tetap saya sorokkan dari suami....mungkin dia perasan,n saja2 buat xperasan..or maybe dia mmg xperasan...

Semalaman berendam air mata...keesokkannya kursus meeting pon dengan mata yang bengkak.. sungguh saya sedih..sangat2 sedih.(skgn pon nanges..huhu...) Dalam masa yang sama saya cuba memikirkan kesalahan diri...dosa yang mungkin perlu saya bayar...hingga dihukum begini...namun saya cepat2 kembali beringat.."Allah sedang mengujiku..)

Sekarang..melalui hari2 yang masih dalam penuh pengharapan...saya xputus berdoa...bukan hanya time solat, malah ketika memamndu sklipon, mulut xhenti berdoa..."saya ingin zuriat ya Allah..." Kesedihan saya mmg xdpt saya bendung..bila mana skng saya lebih banyak mengelak dari balik ke rumah mertua... Bukan niat untuk membuang mereka, apetah lagi untuk menderhaka...Allah mengetahui isi hati saya... Saya cuma ingin merawat hati... few days ni, adik ipar n isterinya balik n bila2 masa sj mgkin akan ada di rumah mertua.. Sungguh saya tidak kuat berdepan dengan mereka...hati terlalu sedih..

Ditambah pula dengan suami yang kerap beriadah malam...main badminton 2-3 kali seminggu... si dia mmg xjemu memujuk agar saya ikot serta, but i rarely agreed..sbb bl tgu di tepi je rs bosan n letih..klu kt rumah bole relax n santai... tapi kat rumah plak, teramatla sunyi.... klu la ada bby nk diulit2...dibelai2 dimanja2 n diusik2..kan best...

Bukan niat untuk mengeluh.. cuma sekadar untuk meluahkan isi hati... bila saya bsedih, org akan ckp " jgn pikir, nnt stress n lg susah nk pregnnt.."..suami pulak ckp.."jgn ikot hati.dh belom rezeki.." i know, thts the best word from them... tp ketahuilah, saya cuma ingin anda semua faham, kenapa saya bersedih... hampir 3 tahun bdua...n setiap hari, yg merasa kesunyian di rumah tatkala suami bkerja adalah "SAYA"... org yg akan terluka bila bc or dengar tentang pengalaman 'alahan', 'baby-kicking', scan etc dr mulut2 ibu bahagia juga adalah "SAYA"..(lelaki xterluka punya sbb xkan ada peluang rs..hehehehe)...

Just that...cuma mohon semua memahami kesedihan n "alasan" kesedihan saya...Kalau suami baca, pls jgn marah lagi bila saya bsedih k....just chill me out with those sweet2 gula kapas momment..k????jgn suruh saya berhenti memikirkan tentang anak...kerana seorang ibu xkan pernah melupakan anaknya...plz....:)

See, those happy2 moment of happy mommies with their happy faces??? heaven!!
Source of pic : picasaweb.com, vitazka.wordpress.com, gogriffingo.com,holdermansinmadcity.blogspot.com