~from my humble kitchen~

~Ruangan untuk share2 resepi yang pernah dicuba..ada yang saya ambil dr website...tp kebanyakkannya diolah ikot selera sndr...selamat mencuba ya..~




~other resepi ni requested by mama q juga...b4 this dh ramai yg tny...sbb resepi mmg mudah so ckp gitu2 jela...so alang2 letak kt entry trosla...resepi kali ni resepi actually resepi dr family mertua...:))

Ikan Siakap Kukus Asam Boi...
1 ekor ikan siakap disiang n dbuang sisik
2 btg serai sederhana saiz *
2 ulas bwg merah*
2 ulas bawang putih*
halia saiz sebesar ibu jari *
3 biji cili api*
3biji asam boi (yg kaler putih)
3 sudu sos tiram
1sudu gula
garam secukup rasa.
Air(ikot saiz ikan...agak2 dh tenggelam sebelah badan ikan cukupla)


Cara masak :
  1. Semua bahan bertanda * tu mayang atau hiris halus2.mcm nk menumis.
  2. Letak ikan yang dah bersih dalam pinggang yang 'dalam' sket.(nnt ikan ni berkuah sket.) Masukkan air dalam pinggan td.sampai sebelah badan ikan tu terendam.
  3. Pastu tabur la semua bahan2 yang dimayang halus tadi atas ikan...ratakan...
  4. Then masukkan asam boi, cili, sos tiram n gula n garam...kacau sket.
  5. Seterusnya dah boleh kukus. Masa kukus boleh buka n kacau2 sket supaya kuah2 tu sebati pada ikan.
  6. Kukus dalam 15-30min..ikot saiz ikan n saiz api la kan...
  7. then siap untuk dihidangkan...

Ok.Next resepi, turun temurun dr my mum...super delicious n super senang...1 hour n half boleh masak untuk 10org..(tupon coz i pny periuk cumel2 belaka...haha).




Nasi Ayam Resepi Mak :))

Bahan2:
Nasi:
5 cawan Beras (ikotla nak makan brape org..yg ni cukup utk 8org..)
3 sudu  Marjerin / Planta / Butter/Minyak sapi - (untuk tumis nasi,tp kalau >10 org tmbh la lg..ni utk lembutkan nasi ye)
5 biji - Buah pelaga 
Air rebusan ayam (dpt dari rebus ayam yang digoreng)

Ayam:
8 ketul Daging ayam yang telah dipotong (16 ke..ikot suka, but i usually guna bahagian tight sj)
3 ulas Bawang putih - ditumbuk halus
1 inci halia - ditumbuk halus
3 sudu serbuk jintan manis
3 sudu serbuk jintan putih
5 sudu sos tiram
3 sudu kicap
3 sudu madu.
garam secukup rasa
(tp kalau korang rasa sos tiram tu xcukup nak salut ayam yang besar2...better tmbh...pepandaila ye..)


Sup:
Sedikit isi ayam/rangka ayam (chicken caracas...)
bwg putih+bwg besar dimayang halus
1 sudu rempah sup
air rebusan ayam.
minyak utk menumis
garam secukup rasa.


Sos:
5 bji cili merah (dibelah n dibuang biji)
Cuka makan
Gula
Garam
Air.


Cara penyediaan:


1. Rebus ayam (bukan ayam utk sup ya,ayam utk goreng). Masukkan sedikit garam. sekadar untuk memberi rs pada stok nnt. xperlu masin cm sup ya.Rebus dalam 15-20 minit.
2. Toskan ayam,simpan air rebusan.
3. Campurkan bawang putih+halia+jintan manis+jintan putih+sos tiram+kicap+madu dalam 1 bekas. Satukan semua bahan.
4. Masukkan ayam yang di rebus tadi ke dalam bahan2 tadi.Salutkan untuk diperap.Ketepikan.
5.Sementara itu,basuh beras. Panaskan periuk nasi (saya gunakan rice cooker,n tumis atas dapur.) Cairkan Marjerin / Planta / Butter/Minyak sapi. Tumis buah pelaga.
6. Masukkan beras yang telah dibasuh dan kacau sedikit. Tambahkan stok ayam td sehingga paras air yg dikehendaki.kiranya air rebusan ayam ni ganti air biasa la. Kacau lg perlahan-lahan. Tambahkan sedikit kunyit (nk bg kuning sket..hehe)..kacau2 sampi nasi agak kering untuk pastikan warna kuning td sekata. Then, bila dah kering sket, angkat periuk td and masukkan dalam cooker. Biarkan sampai masak dalam rice cooker tu.
7. Then bleh start masak sup. Tumis bawang putih+bawang merah sampai naik bau.Pastu masukkan rempah sup. Biarkan rempah sedikit perang. Masukkan ayam. Kacau2 then tambah air. Bila mendidih tambahkan garam. Masa hidang jangan lupa daun sup ya.
8.Then siapkan sos plak. Blend je 5 biji cili merah + 2 sudu gula + 2 sudu cuka + secubit garam (atau ambil air sup sikit pon ok).
9. Ok, dah siap sup,sos n nasi, bole la balik kepada ayam yg diperap td. Gorengkan ayam sampai nmpk sedap..ahaha..cmne tu..agak2la ye..ayam tu td dh masak cuma nak goreng untuk garingkan luar je. I slalu goreng ms nk start mkn. So mmg confirm panas la.SELAMAT MENCUBA!!


nak tgk gambar..ntah kat folder mn i save..so copy paste dr my fb jela...hahaha (nasi i xsnap..sorry)




Resepi Makaroni Bakar (untuk resepi 2 loyang 8 inci ya)



Bahan-bahan :


  • 300gm macaroni
  • 250 gm daging cincang (Ramli or Saudi can be)
  • Daging fresh dihiris nipis (optional,xnak pon xpe...)
  • 6 biji telor (pukul kembang)
  • 1 tin kecil tomato puri
  • 2 sudu cili giling
  • 2 ulas bawang putih (cincang)
  • 2 labu bawang besar ( dadu )
  • 1/2 tin susu cair
  • 1 cawan air
  • 1 cawan sayur campur (kalau suka)
  • 1 cawan cendawan butang (diptong kecil)
  • Daun sup+daun bawang dihiris halu (untuk bau je)
  • sedikit keju parut (cheddar or mozarella can be)
  • keju cheddar for topping
  • serbuk lada hitam + lada sulah + serbuk cili (kalau xde pon xpe...)
  • minyak utk menumis & garam

Cara-cara :

  1. Rebus makaroni hingga empuk & toskan. Jangan biar terendam..nnti kembang sgt (like i'd dont b4..haha)
  2. Kemudian panaskan minyak & tumis bawang putih+besar bersama cili giling sehingga naik bau.
  3. Kemudian masukan daging & kacau rata hingga daging masak. Tambahkan air untuk empukkan daging.
  4. Selepas itu masukkan tomato puri. Kacau rata. Perasakan dengan garam+serbuk lada+serbuk cili.
  5. Masukkan sayur campur dan cendawan. Biar kering sedikit. Tutup api dan ketepikan.
  6. Pukul telur dalam bekas lain bersama susu cair. Masukkan daun bawang n daun sup..ikot suka.
  7. Satukan telur + kuah daging td + makaroni + keju parut. Kacau sebati (lembut2 ye, nnt hancur makaroni tu).
  8. Tuangkan adunan kedalam loyang yang telah disapu marjerin.
  9. Tutupkan dengan lapisan keju. Bakar selama 180 C (45 minit)


 gambar ni xbuat dalam loyang sbb nak makan berdua je...resepi sma...yg loyang xsnap..heee....






SUP EKOR/TULANG/DAGING (ayam cm xbrape sesuai kot sbb cepat empuk)


Bahan2:
5 ketul tulang / ekor
atau 500gm daging dipotong kiub..
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
seinci halia..
3 sudu besar perencah sup sayur
3 sudu besar rempah sup
1 biji tomato (belah 4)
minyak untuk menumis
air secukupnya
garam 
sedikit daun sup+daun bawang untuk hiasan n aroma :)


cara2:
1. Kisar bawang besar, bawang putih n halia bersama rempah sup n perncah sup sayur hingga hancur...
2. Tumiskan bahan kisar hingga rempah kekuningan.
3. Masukkan daging/tulang/ekor. Kacau sebati.
4. Biar smpi keluar air daging sket.then masukkan tomato,kacau.
5. Tunggu smpi kering sedikit...
5. Kemudian masukkan air ikot citarasa sndr...reneh api sederhana.
6. Masukkan garam secukup rasa.Siap(bl daging dh empuk tu masakla..)
7. Hidangkan dengan taburan daun sup dan daun bawang..
 Selamat mencuba..


Ni sup saye..:))






KETAM BERCILI...


Bahan2:
3 ekor ketam saiz sederhana (u knowla y 3 je...keluarga kecit)
1 biji bawang besar *
1 inci halia*
5 sudu cili giling *
5 sudu sos cili.
2 batang serai (diketuk)
1 biji telur
1/2 cwn air asam jawa.(tp asam tu sket jela..means,xpekat)
1/2 cwn santan..(optional,xde pn xpe
gula n garam secukup rasa
air secukupnye (untuk kuah je...)
minyak untuk menumis


Cara2 penyediaan:
1. Kisar bahan bertanda*.
2. Tumis bahan kisar sampai pecah minyak.
3. Masukkan santan n kacau sebati. 
4. Masukkan sos cili dan air.
5. Kacau dan biarkan mendidih.Then masukkan serai. Perasakan dengan garam dan gula.(Pastikan jangan terlalu manis dengan gula,sbb air ketam dah manis).
6. Kemudian masukkan sedikit air asam jawa.
7. Biar pekat sket (nmpk ala2 sambal tumis bse je). Tapi jangan sampai kering.
8. Masukkan ketam. Kacau sampai semua ketam sekata bersalut kuah tadi.
9. Bila ketam dah masak, pecahkan telur n kacau sekata...biar seketika.
10. Padamkan api n siap untuk dihidangkan. 


My Ketam Bercili...

No comments: