Tuesday, March 8, 2011

No More Laman soSIAL..

SERIK...itula perkataan paling saya fikirkan cocok ketika ini. Tidak mahu mengulas panjang. Cukup la sekadar menjadi pengajaran berharga buat saya. Di facebook...wall saya seolah2 bukan hak saya. Setiap kata2 bakal mengundang bahana. Selama ini saya enjoy dengan segala comment dr rakan2 rapat. Bagi saya mereka cukup kenal siapa saya. Tapi hati saya luluh bila dihakimi oleh orang yang tidak mengenali saya. Mungkin dia sindirkan supaya saya terasa. Kalau tak, mengapa perlu dihighlightkan perkataan2 tertentu yang sememangnya akan menunding hanya kepada saya? Tidak cukup menyindir, mengadu pula pada pasangan..memburukkan saya. Honestly, saya tidak gemar bercerita apa jua masalah atau pselisihan saya dengan sesorang kepada suami. Unless kalau suami tidak mengenali orang tersebut. Niat saya,menjaga aib seseorang. Saya terpaksa bercerita untuk berkongsi rasa dengan suami. Tetapi sekiranya suami mengenali orang tersebut, saya akan berahsia. Tapi sekarang Allah menguji saya. Dia hadirkan mereka2 yang selama ini saya cuba tawan hati mereka. Tapi dalam keadaan yang saya sendiri tidak bersedia untuk menghadapinya..tidak perlu lagi saya panjangkan..cuma doa saya,agar saya,dia dan mereka diberi petunjuk..amin...

Pada jam 12 malam 9 Mac 2011, saya bertekad, tiada lagi status untuk sebarang laman sosial..saya hanya akan aktif di sini..di tanah halal saya...insyaAllah...

Ok..mari tinggalkan mode EMO saya. Jap ye..saya nak wish hubby dear jap...sbb arini adalah hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke dua...(Happy anniversary sayang!!muah!!).. alhamdulillah..semoga kami terus bahagia...kekal gila2, n manja2 macam ni...Tau macam mana saya wish husband td? Saya baring sebelah dia yang tgh tgk tv. Then saya tekan button light kt jam tangan Casio (yg saya hadiahkan masa birthday lepas)..dia tgk saya tekan kali kedua,terus dia kucup dahi n said "Happy Anniversary, Sayang!"xkesahla xde hadiah. coz dia slalu manjakan saya dengan hadiah xkira masa. Mungkin dia xbagi sekarang. Tapi saya tau, he's working to give me more then I expect. Dia slalu berusaha memberi yang terbaik untuk saya. Mungkin orang yang tak faham akan kata dia xromantik or kedekut...tapi suami saya adalah seorang yang sangat bijak. Dia xperlukan hadiah yang 'grand' pada hari2 tertentu sehingga perlu bazirkan wang untuk masa hadapan. Dia tidak memewahkan saya pada hari2 tertentu. Tetapi setiap kali matanya terpikat kepada sesuatu, ketika itu jugala fikirannya mencari sesuatu yang lain untuk di'couple-set'kan untuk saya. Saya selalu dapat apa yang dia dapat. Dan dia selalu dapat ape yang saya dapat. Esok, saya akan buat suprise candle-lite dinner untuk suami...(dia xbc blog ni rsnya malam ni..moga menjadi!)...okla...perlu tidur...sebab esok saya keja la...hahaha..lupa daratan btol..see u tommorow diary!!

2 comments:

norinaomar said...

aku pun dah jarang sgt letak status kecuali sesuatu yang perlu..kalau rasa nak bermadah ke nak bertazkirah sikit ke aku share kat blog je,bagi aku blog lagi best dan kawan2 semua ikhlas walaupun aku tak kenal

harl_yna said...

ada benar gak kate ko noi...tp tula..blog aku ni underground je rupenye....xde org nk nengok...huhu...moga2 aku dpt kwn2 yang lebih ikhlas di sini...thnx noi sudi bc...:D