Tuesday, April 19, 2011

Dear baby,

Buat anakku, buah hati Mummy, permata yang Mummy nantikan…mungkin Allah telah aturkan perjalanan yang jauh untuk anak Mummy bertemu dengan Mummy dan Babah.. Mummy pasrah dan redha.. Namun, jauh di sudut hati Mummy, ketahuilah sayang, kau terlalu Mummy rindui.

Mungkin anak Mummy akan hadir di saat Mummy sudah pandai mandikan anak Mummy, sediakan makan pakai anak Mummy, dan tidurkan anak Mummy… Tapi ketahuila sayang, Mummy bersedia telah sekian lama untuk itu semua.

Mungkin juga anak Mummy akan hadir bila Mummy dan Babah puas berdua-duaan, setelah Babah puas memanjakan Mummy..atau mungkin juga setelah Mummy puas bermanja dengan Babah…namun ketahuilah sayang, kamu telah memberikan masa yang secukupnya untuk Mummy kala ini…ya, Mummy tidak akan pernah puas bermanja dan bercinta dengan Babah, namun Mummy yakin, hadirnya kamu, tidak akan pernah menjadi pelerai kasih kami.. Senantiasa akan wujud ruang-ruang untuk kamu bertakhta walau di mana jua Mummy dan Babah berada..

Sayang, mungkin juga kamu akan hadir tatkala Mummy dan Babah punya masa untuk kamu. Kerana kamu anak yang baik..mahu Mummy cukup rehat dan masa. Tapi ketahuila sayang, masa Mummy belom penuh terisi tanpa kehadiran kamu. Tatkala Babah sibuk di pejabat, mencari rezeki untuk kita, Mummy terlalu memerlukan kamu sayang… Mummy perlukan teman.. Sementelah, apabila Babah sudah memulakan kerja di tempat baru, ketahuila..di saat itu, kau termat Mummy perlukan..

Mummy juga kadang kala terfikir, adakah kamu hanya akan hadir bila kedua nenek mu puas berehat dari lelah menjaga anak…dan kedua2 datukmu punya masa untuk berehat dari riuh rendah suara anak kecil. Namun sayang, kamu juga harus tahu ini, mereka sangat-sangat menantikan kehadiranmu sayang lebih dari mereka menunggu kehadiran anak-anak mereka satu ketika dulu.

Ketika ini sayang, suka untuk Mummy katakan, sungguhpun Mummy tidak lagi menangis dan bersedih seperti waktu2 dulu mengenangkan hidup tanpa hadirnya permata hati Mummy, namun percayalah, hati ini lebih meruntun merindui kehadiranmu..seperti bulan yang memerlukan mentari untuk bersinar di waktu malam, begitula jua Mummy yang terlalu memerlukan kehadiranmu…tanpa anak Mummy, malam2 yang dilalui seakan terlalu suram..

Hadirlah buah hati Mummy…Mummy doakan agar Allah mempercepatkan pertemuan kita.. Mummy akan sentiasa menunggumu sayang…

With love;

Mummy

pic by :babysleepsite.com

No comments: