
Bila tulis topic atas ni, tetiba je tersenyum teringat kisah anak murid kt sekolah buat persembahan denda masa sambutan hari kanak-kanak...
hihi..nama budak tu Mohd Nazrin b. Ismail...kesian, dek kerana takutkan cikgu disiplin (cikgu Shamsul), teros rela hati buat persembahan atas pentas secara spontan.. Dia dengan kecut2 menyanyi dengan penuh yakin ..."C.I.N.T.A.K.I.L.A...xmengapa..."..wakaka...bersembur gelak cikgu2...termasuk cikgu2 disiplin skali.. bila cikgu disiplin tny, "hg eja apa?" tros geleng pale..hahahaha...hafal saja, xreti eja pon...lawak btol...
Tapi bukan cerita tu yg I nak share arini...i just wanna share some words about love yang I read from 1 motivation book titled 'Panduan Membentuk Istana Bahagia'.

Buku ni present dari sorang sedara ms my wedding aritu. Ok, lets share this :
Cinta adalah perkataan yang kerap kali digunakan. Tetapi, penggunanya sendiri kerap kali sukar mendefinisnya. Cinta bagi setiap individu itu mempunyai erti yang berlainan. Walaupon begitu, bagi sesetengah bahasa, penggunaan satu perkataan sudah cukup untuk beberapa perkataan yang berbeza seperti sayang dan kasih.
Walau apapun cinta, kasih dan sayang itu, yang penting ialah, kita tidak mahu hanya pandai bercinta. Tetapi kita perlu pandai mempertahankan perasaan itu sebagai pegangan hidup. Tidak hanya merasainya pada waktu senang atau seronok.
Sebaik-baiknya individu itu bermula dengan dirinya sendiri. Bermakna dia mempunyai perasaan cinta pada diri sendiri. Apabila dia menyayangi dirinya, barulah dia mampu memberi kasih sayang yang tuls ikhlas kepada individu lain.
Sepatutnya, individu itu tidak enggunakan cinta bagi memikat individu lain kerana sebegini mungkin hanya topeng. Individu itu patut berasa sayang, menghormati dan menghargai dirinya sendiri. Dengan kesedaran dan penerimaan itu, dia juga dapat menghargai dan mengasihani orang lain dengan lebih baik. Orang yang menyayangi dirinya sendiri senang didekati dan digemari oleh orang lain. Ibarat sebuah perigi yang penuh dengan air yang jernih, maka perigi ini selalu didatangi orang.
Mereka yang tidak dapat menyayangi diri sendiri ibarat sebuah perigi buruk. Walaupon diludah ataupon dimasukkan sampah, dia tetap menagih orang menghampirinya.
So, jomlah sayangi diri kita dulu...:))

No comments:
Post a Comment